Filled Under:
MENGEJUTKAN!! Cerita Sebenar Di Sebalik Kisah Ibu Terima Kejutan Sebuah Audi Q5 Daripada Anak Usia 23 Tahun
Posted By:
dsad
on 16:29:00
$%Lihatlah reaksi seorang ibu yang begitu gembira apabila diberi sebuah kejutan istimewa oleh anaknya yang baru berusia 23 tahun. Pasti ramai ibu-ibu mencemburui dirinya apabila dia menerima sebuah Audi Q5 Quattro 2.0 sempena hari jadinya.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Tetapi rasa cemburu itu cepat bertukar menjadi sebak apabila mendengar kata-katanya di video ini berkenaan kejutan tersebut:
.
Ibu bertuah ini bernama Foziah binti Idris merupakan seorang pembantu kakitangan di Akademi Latihan Pekan, Pahang yang mempunyai 5 orang anak lelaki. Kejutan ini telah dibuat oleh anak lelaki kedua, Muhammad Afham Fareez, di tempat kerjanya.
Menurutnya, dia berasa terharu, bangga dan bersyukur dianugerahkan anak-anak lelaki yang sentiasa berlumba-lumba untuk membuatkannya berasa gembira, dan mencurahkan bakti kepada dia dan suaminya.
Afham Tunai Nazar
Muhammad Afham Fareez (Afham) atau dikenali sebagai Angah di kalangan ahli keluarga berasa sangat gembira apabila melihat reaksi ibu yang begitu teruja kegembiraan saat menerima kejutan daripadanya.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
“Saya berasa sangat gembira. Tersangat-sangat gembira. Tidak pernah saya melihat ibu saya happy macam tu hehe. Dalam hati saya yakin, apa yang saya lakukan itu sangat tepat.” ujar anak jati Pekan, Pahang ini.
Afham turut menceritakan kepada Vocket bahawa dia pernah berjanji untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibu dan bapa sekiranya dia mendapat pekerjaan selepas beberapa bulan menganggur. Janji itu telah dijadikan sebagai satu nazar buatnya.
Asalnya Puan Foziah hanya meminta sebuah beg tangan apabila mengetahui nazar anaknya itu tetapi bagi Afham, pemberian beg tangan itu tidak dapat membuatkan ibu sentiasa mengingati dirinya sekiranya dia tidak dapat balik kerana tuntutan tugas terutama di hari perayaan.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
“Saya tekad memberi hadiah kereta kepada ibu kerana keretanya sudah rosak. Itu lebih baik dari saya membelinya handbag. Selain itu, beberapa bulan yang lepas saya telah bercakap sambil jenaka dengan ibu, jika saya menghadiahkan kereta, saya (Angah) berharap ibu akan sentiasa ingat Angah setiap kali menggunakan kereta jika saya tidak balik. Terutama pada hari Raya.” terang Afham.
Rancang Kejutan Istimewa Buat Ibu Seperti Hari Bermakna Dalam Hidup Afham
Tanpa mendedahkan berapa lama tempoh bekerja sebagai seorang juruterbang selepas tamat latihan di Asia Pacific Flight Training, Afham sudah lama merancang kejutan ini bersama ayah dan abang.
“Saya sudah lama merancang kejutan ini. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membuat kejutan istimewa ini dengan jadual yang padat dan masih menunggu hadiah kereta ini siap sepenuhnya sebelum dihantar kepada ibu saya. Haha.
Kisahnya bermula pada hari Jumaat 6hb November (2015), ibu saya bekerja pejabat di Pekan, Pahang. Manakala, saya bekerja di Kuala Lumpur (KL). Sebaik sahaja saya tamat kerja, saya terus pergi ke showroom berkenaan untuk mengambil kereta tersebut.
Ayah serta abang saya telah berpakat untuk membuat kejutan ini. Jadi, ayah saya sanggup datang ke KL dengan menaiki flight dan sama-sama membawa pulang kereta ini.” jelas Afham.
Namun begitu, kejutan ini hampir-hampir tidak menjadi kenyataan apabila rancangan asal buat kejutan di tempat ibu bekerja pada pukul 3 petang telah berganjak ke pukul 5.30 petang disebabkan oleh faktor hujan. Ibunya pula akan pulang ke rumah selepas tamat kerja pada pukul 5.00 petang.
“Asalnya untuk membuat surprise di tempat kerja ibu. Tapi disebabkan kelewatan saya terpaksa berfikir satu cara untuk mengelakkan mak saya balik awal.
Oleh itu, saya menyuruh abang saya memaklumkan kepada emak bahawa ada baucer KFC dari Perodua (tempat kerja abang) untuk staf-staf dan students di tempat kerja emak.
Emak tanpa fikir panjang terus setuju. Haha! Jadi, saya meminta abang untuk belanja mereka semua dan saya akan membayar balik (kepada abang). Pada masa itu ada lebih kurang 40 pelajar dan 5 orang staf.
Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Dari situ lah bermula kejutan apabila saya sampai pukul 5.35 petang dan mereka sudah habis makan. Abang saya serta staf dan students lain telah menarik keluar ibu saya ke tempat kejutan.”
Ramai yang bertanya kenapa Afham memuatnaik kejutan istimewa ini di media sosial dan mengupah jurugambar untuk merakam detik-detik tersebut. Ini jawapan Afham:
“Untuk (mereka) yang bertanya kenapa saya post event/hadiah itu di social media dan mengupah fotografer ialah kerana saya beranggapan kalau kita teruja dan happy jikalau sambut majlis harijadi/tunang/nikah dan ingin merakam setiap detik manis, kenapa pula saya tidak boleh lakukan (perkara yang sama) kepada satu-satunya emak saya.” tegas Afham.
Ibu Penyayang Tetapi Tegas Orangnya
“Ibu adalah seorang yang penyayang dan tegas dengan anak-anaknya. Ibu selalu menasihati kami tidak kira di mana sahaja secara spontan.” kata Afham yang turut menyatakan ibu sering menasihatkan mereka adik-beradik untuk selalu bersedekah dan berfikiran positif.
Baca: Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita
Pandangan Afham terhadap ibunya ini sejajar dengan kata-kata Puan Foziah di dalam video dan komennya yang ditulis di Facebook Afham.
Selepas ini Afham bercadang untuk membawa kedua ibubapanya mengerjakan umrah pada tahun hadapan.
Afham dan #positivevibe
Memegang nasihat ibu menjadi seorang yang berfikiran positif, Afham berasa begitu besar nikmat dan hikmah di sebalik anugerah Allah yang telah menghadiahkannya sebuah pekerjaan yang selesa di usia muda ini dan dipermudahkan setiap cabaran yang dihadapinya.
Peluang ini membolehkan dia berbakti kepada ibu bapa sebelum dia fokus kepada perkahwinan dan lain-lain. Afham turut percaya berkat ketaatan dan menggembirakan ibu bapa akan membuatkan rezeki tidak terputus.
“Saya menyeru dan berharap kepada anak-anak muda di luar sana supaya berbakti kepada ibu bapa mereka. Janganlah kita berkira dengan ibu bapa kita. Mereka tidak pernah berkira dengan kita. Jangan rasa takut untuk mewahkan ibu bapa. Percayalah, rezeki akan datang tidak putus selepas itu. Selalulah menggembirakan ibu bapa ya!” jelas Afham, yang merupakan bekas pelajar MRSM Kuantan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sebelum mengakhiri temubual ini, saya sempat bertanya kepadanya adakah menjadi juruterbang itu adalah cita-cita sejak dari kecil. Jawapan Afham membuatkan saya bertambah rasa kagum terhadapnya.
“Sebenarnya cita-cita saya adalah untuk menjadi seperti ayah saya iaitu jurutera. Tetapi ayah saya teringin untuk menjadi seorang juruterbang tapi tidak kesampaian, dan sejak dari itu saya tanamkan dalam diri saya untuk menjadi juruterbang pertama dalam kelompok keluarga saya.”
Terima kasih kepada Tuan Muhammad Afham Fareez yang sudi bekerjasama dan meluangkan masa untuk sesi temubual bersama Vocket. Semoga terus membahagiakan kedua ibu bapa sehingga ke akhir hayat.
sumber asal : The Vocket