Filled Under:

PANAS!! ‘Cikgu Man Telah Murtad, Wajib Dibunuh’


$%Pengerusi Kelab Himpunan Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh dari individu yang dipercayai seorang pengikut Pas.

Menurut Othman,56, kenyataan ugutan bunuh tersebut berbunyi ‘Cikgu Man telah Murtad, anda wajib dibunuh’ yang diterimanya menerusi mesej Whatapps.

“Sebelum ini saya telah menerima pelbagai ugutan seperti akan dicederakan, diserang dan ugutan bunuh serta dihantar gambar–gambar seperti peluru dan pistol tetapi saya tidak hiraukan”

“Tetapi atas nasihat kawan-kawan, saya datang membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarga”

“Saya harus berwaspada dan berhati-hati setiap masa bila hendak ke mana-mana” katanya kepada media setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Terengganu, semalam.
Dalam pada itu Othman mendakwa individu berkenaan merupakan seorang penceramah di Pejabat Agama Islam Selangor dan merupakan pengikut tegar PAS.
Dia turut mendakwa pernah menerima ugutan bunuh ketika kempen Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.