Filled Under:

Subhanallah !! Kenapa Wajah Ini Arwah Secantik Bidadari Sebelum Menemui Tuhannya?


$%Kenapa Wajah Ini Arwah Secantik Bidadari Sebelum Menemui Tuhannya?.. Inilah kisah yang ingin saya ceritakan.  Sejak saya bertugas sebagai tukang mandi mayat peneroka lebih 20 tahun, bermacam-macam jenis mayat telah saya sucikan termasuk kanak-kanak, orang tua dan penagih dadah.

Pada tahun 2009, pukul 9.00 pagi kebetulan saya sengaja lalu ke rumah orang kenduri kahwin.

Pagi itu saya berselisih dengan seorang isteri peneroka berusia 40-an berbaju kurung berwarna pink. Isteri peneroka ini memang lawa. Kulit kuning langsat.




Lama saya pandang. Cantik betul. Pada pendapat saya kecantikannya sungguh luar biasa, macam bidadari. Saya berkata dalam hati, hari ini lawa sungguh. Pelik.

Kira-kira pukul 1.00 tengah hari, saya mendapat tahu isteri peneroka yang berselisih dengan saya pagi tadi telah meninggal dunia.

Saya terperanjat! Saya jumpa suaminya secara peribadi dan bercerita tentang kecantikan luar biasa isterinya sebelum meninggal dunia.

Rupa-rupanya bukan saya seorang melihatnya. Seorang lagi peneroka bercerita perkara yang sama melihat kecantikan wanita itu.

Semasa hayatnya isteri peneroka ini rajin bergotong-royong, suka bersedekah dan ikhlas kerana Allah.

Kejadian terakhir yang sungguh berkesan berlaku pada tahun 2000. Petang berkenaan selepas Asar saya lihat seorang anak dara yang belum kahwin sungguh cantik.

Berkali-kali saya berbisik, cantik sungguh anak dara ini. Saya tidak pernah tengok anak dara secantik ini. Manis! Saya merasa pelik sunguh.

Esoknya, saya diberitahu anak dara cantik yang saya lihat petang semalam telah meninggal dunia selepas subuh. Gadis berusia 20-an itu terjatuh di bilik air akibat tumor otak.

Pagi itu isteri saya, Fatimah Mohd., 63, yang tolong memandikan mayat arwah anak dara ini. Wajahnya macam bermekap. Cantik betul, kata isteri saya.

Kenapa wajah arwah ini secantik bidadari?

Saya pernah jumpa ayah arwah dan beritahu anaknya cantik sungguh sebelum meninggal. Menurut ayahnya, pagi itu sebelum masuk bilik air, arwah beri makan kucing, peluk kucing.

Selepas itulah arwah jatuh pengsan. Selama ini arwah sayang sangat kepada kucing. Arwah tidak pernah berpisah dengan kucing kesayangannya.

Bukankah kucing antara binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang kasihankan kucing akan diberi pahala oleh Allah.

Mudah-mudahan segala cerita ini dapat memberi serba sedikit pedoman dan iktibar sebelum kita dipanggil menghadap Allah, meninggalkan dunia yang fana ini!

Mastika Jan 2011 (Gambar Sekadar Hiasan)

sumber asal