Semua orang akan berubah bila tiba hidayah kepadanya, tanpa mengira tahap ilmu agama yang dia miliki. Oleh itu kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang dengan mudah sekali dan menentukan dosa pahala orang lain.
JIka tujuan kita baik atas niat demi kebaikan seseorang, tegurlah dengan baik tanpa menyakiti hati mereka. Kisah tantang Amy ini mungkin memberi pengajaran buat kita semua.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Benarlah hidayah itu milik Allah. Hari ini hari paling bersejarah buat sahabat transgender kita ‘Amy’ yang sedang dalam perjalanan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Berapa banyak dosa yang kita telah lakukan tidak penting berbanding apa usaha kita untuk mendekatkan semula diri kita kepada Allah yang Maha Besar. Wahai sahabat-sahabat LGBT di seluruh dunia, kembalilah ke jalan yang diredhai Allah. Jangan fikir apa manusia kata tapi fikir apa Allah hendak dari kita. Pintu taubat sentiasa terbuka wahai sahabat. Jangan berlengah sehingga terlewat. Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita semua. Semoga Allah menerima umrah Amy. Amin.
Filled Under:
Alhamdulillah, Seorang Lagi Sahabat Safiey Illias mendapat hidayah Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan
Posted By:
Unknown
on 18:53:00