Sila Ambil perhatian !!! Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan. Ini Sebabnya!!
Dalam Islam, perbuatan sia-sia dan membuang masa adalah ditolak oleh agama ini kerana Allah SWT telah memberikan kepada manusia waktu untuk hidup di atas muka bumi ini sebagai peluang untuk beribadah dan mengumpulkan amal bagi menghadapi hari Akhirat.
Kerana itulah Allah SWT berfirman :
“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetap di atas kesabaran.” (Al-Asr : 1-3)
Oleh yang demikian, pelancongan yang tidak mempunyai matlamat, musafir tanpa tujuan adalah diharamkan serta ditolak oleh agama kerana menyebabkan manusia terlepas peluang untuk beramal soleh dan mengumpul pahala bagi menghadapi pengadilan Allah di hari Akhirat.
Bentuk pelancongan atau lawatan yang ditolak oleh agama ialah seperti melawati tempat-tempat maksiat, tempat-tempak rekreasi atau perlancongan yang tidak memberikan faedah kepada agama, diri dan keluarga sebaliknya hanya mendatangkan mudharat, suka-suka dan sia-sia. Alasan untuk bertangkap gambar, seronok-seronok adalah tidak dibenarkan, membazir dan membuang masa serta sumber yang boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lebih bermanfaat.
Selain itu, antara jenis perlancongan yang diharamkan oleh Islam ialah melancong ke tempat-tempat kaum yang dimurkai oleh Allah SWT seperti yang kerap dilakukan oleh sebahagian orang ramai di Laut Mati, Jordan.
Firman Allah SWT : “Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?” (As-Sajdah : 26)
Lajnah Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa melawat kawasan kaum yang pernah diazab oleh Allah SWT seperti kaum yang telah ditelan bumi atau dimusnahkan akibat kekufuran mereka adalah haram bagi umat Islam untuk berjalan-jalan atau melancong padanya.

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah pergi ke tempat seperti itu ketika baginda hendak berangkat ke Tabuk pada tahun kesembilan hijrah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra yang telah berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka baginda pernah bersabda:
لا تدخلوا على هؤلاء القوم المعذبين إلا أن تكونوا باكين فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم أن يصيبكم مثل ما أصابهم
Maksudnya : “Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang disiksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuwatirkan kalian tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.” (Hadith riwayat Bukhari no. 3200, Muslim no. 2980 dan Ahmad)
Kemudiannya diriwayatkan bahawa baginda menutup kepala dan menyuruh kenderaannya bergerak laju sehinggalah dapat meninggalkan kawasan tersebut.
Imam Ibn Qayyim ra menyebut :
Barangsiapa yang melalui kawasan kaum yang dimurkai oleh Allah SWT atau terkena azab-Nya maka hendaklah dia tidak memasuki atau menginap disitu sebaliknya perlu segera beredar dan menjauhkan diri serta menutup kepala dengan pakaiannya sehingga dia meninggalkan kawasan tersebut. Dia juga sepatutnya tidak memasuki kawasan seperti itu kecuali dalam keadaan menangis kerana mengambil pengajaran. Bahkan rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah menunjukkan contoh dan sunnah kepada kita apabila melalui lembah Muhsir sebuah kawasan di antara Mina dan Mudzalifah kerana di situ pernah berlaku pemusnahan pasukan tentera bergajah. (Lihat Kitab Zaad al-Ma’aad 3/560)
Al-Hafiz Imam Ibn Hajar ra juga turut mengutarakan pendapat bahawa hukum perbuatan nabi SAW tersebut turut berlaku kepada semua tempat dan kawasan yang ditimpa bala dan azab serta tidak hanya kepada kaum Thamud sekalipun hujah yang diberikan adalah berkenaan mereka (Lihat Fathul Bari 6/380)
Oleh yang demikian maka perbuatan sebahagian umat Islam yang jahil akan hal ini perlulah ditegur apabila ramai dikalangan kita pergi melancong ke laut mati yang merupakan tempat kaum terdahulu (Sodom) diazab dan dimusnahkan oleh Allah SWT bahkan bergembira serta bergelak ketawa, menangkap gambar kenang-kenangan. Perbuatan ini bahkan dilakukan oleh ramai pelajar termasuk para bakal ustaz dan ustazah yang berkelulusan agama.
Tidak hanya itu, perbuatan melancong atau menziarahi peninggalan Piramid, makam Firaun dan juga kapal-kapal yang dimurkai oleh Allah SWT seperti kapal Flor De La Mar di Melaka yang dijadikan sebagai tarikan perlancongan adalah patut dilarang tanpa keperluan yang mustahak.
Kapal Portugis itu telah dikaramkan oleh Allah SWT di lautan Selat Melaka bersama kapal-kapal Portugis yang lain setelah berhasil menawan Melaka dan membunuh ramai umat Islam, memperkosa anak gadis dan menjarah harta-harta umat Islam Melaka. Hari ini anak-anak Melayu Islam menangkap gambar tanpa ada rasa malu atau terhina maruah bahawa itulah kapal yang membawa kekufuran, menjajah tanahair Islam Melaka dan kapal yang dimurkai oleh Allah SWT.
Inilah bukti lemahnya umat Islam dalam aqidah Al-Wala Wal Bara’ yang perlu diperingatkan dan selalu dijadikan muhasabah dan bahan tazkirah oleh para pendakwah agar generasi Islam kembali menyedari akan susur galur perjuangan agama mereka.
Digalakkan membaca : Majmoo’at Abhaath Hay’at Kibaar al-‘Ulama’ fi’l-Mamlakat al-‘Arabiyyah al-Sa’oodiyyah berkenaan isu ini untuk pemahaman lebih lanjut.
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT
Artikel ini adalah hasil perkongsian ustaz.blogspot