Filled Under:

TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!

TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!
TMJ Bersalam.png
Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.
Di samping adanya beberapa fatwa meragukan dari tokoh-tokoh tertentu masa kini yang mengharuskan bersalaman di antara lelaki dan wanita ajnabiyah (bukan mahram) dalam keadaan tertentu. Ini adalah sebagaimana yang diutarakan dan ditunjukkan antaranya oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandukan beberapa tafsiran dan takwilan yang dikemukakannya.
Lihat pandangan Mufti Negeri Perlis, Dr.MAZA menerusi video dibawah.
Dalam isu bersalam dengan bukan mahram ini, Dr. MAZA menyokong pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan pada asalnya tidak boleh bersalaman. Namun, jika bukan mahram (kafir) yang menghulurkan salam kepada kita merasa dirinya hina, maka dibolehkan bersalam dengan sekadar sebentar sahaja.
Dengar pula jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
Hukum Bersalaman antara Bukan Mahram adalah HARAM walaupun secara berlapik menggunakan sarung tangan yang nipis kerana masih merasai jisimnya, melainkan dalam keadaan darurat (terpaksa). – Ustaz Azhar Idrus
TMJ membuat video sindiran kepada pengkritiknya. Dilihat seperti mempersedakan agama.
Surah al-An’am; 70
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Maksudnya:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).
Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Maksud perbuatan mempersendakan agama :
Perkataan atau perbuatan yang menjatuhkan martabat agama.
Contoh perbuatan mempermainkan agama :
1. Memperkecilkan tuntutan agama
2. Bangga apabila melanggar larangan Allah
3. Menghina orang yang bertakwa
4. Menyanjung perbuatan maksiat
5. Tidak bersolat
6. Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan ramadhan
7. Tidak membayar zakat

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
#