Saya akan terangkan bagaimana simtom-simtom nak lumpuh sebelum saya lumpuh sepenuhnya.
Selepas saya bersalin, saya start tak boleh angkat kaki, saya mandi wiladah, husband saya yang mandikan.
Saya tanya husbnd, kenapa pinggang and kaki sangat sakit mcm urat tegang, husband kata, itu sebab epidural tadi agaknya. Saya pon diam. Lepas tu saya tanya husband, nurse tadi induce saya guna dripkan ? husband kata ya. Abes yang cucuk ubat kat punggung tu ape ? Husband cakap ubat tahan sakit. Then tulang belakang lak? Itu epidural.
Ok saya diam sebab masa sakit bersalin saya mengantuk dan memang tak ingat apa-apa cuma sakit je saya tau. Dalam hati saya cakap, Epidural cucuk sakit ke ? sebab saya sedar masa cucuk Epidural, memang sakitttt. Tapi doc semua peluk saya suruh tahan kejap.
doc perempuan siap cium dahi saya supaya sabar. Allah...masa tu rasa macam bertuahnya saya. layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada seorang lelaki pun yang sentuh or tengok saya di dalam labour room kecuali husband saya and doc bius
Esok dan sehingga pantang hari ke 3, saya terasa belakang saya sakit sangat-sangat dan tempat cucuk tu bengkak, menjadi warna biru. Selama pantang saya tuam ngan ais supaya tak sakit. Pantang hari 40, saya dah tak boleh jalan. Kaki saya tak rasa, saya menangis-nangis kat bahu husband, saya buang air besar buang air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers.
Esoknya saya pergi Hospital Columbia Nusajaya, saya jumpa pakar, terus buat MRI dan hasil result tu memang menakutkan! Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki saya lumpuh sepenuhnya. Doc pakar call hospital yang saya bersalin, dan dari situ barulah saya tahu saya dicucuk Epidural oleh doc pelatih. Husband saya pula bagtau, doc tersebut hanya explain, TIADA KESAN SAMPINGAN, kecuali sakit kepala. ITU SAHAJA.
Memandangkan waktu tu saya dah sakit, saya cuma istighfar agar semua selamat. Belum sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, nak bersalin, baby nak keluar saya rasa semua tu. masa nak jahit saya sampai gigit baju, sakit! walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk hilang rasa kene jahit hidup-hidup.
Kemudian, Doc pakar Columbia sedia membantu saya untuk urusan saman hospital terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk Epidural, saya tetap boleh saman kerana tanggungjawab cucuk Epidural adalah doctor bukan saya cucuk sendiri.
Sekarang saya dah 2 bulan lebih, dah sebulan jugak duduk atas kosi roda. Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support dan menyayangi saya. Semua orang jumpa saya peluk dan mintak saya kuat.
Saya sekarang jalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari kaki saya boleh dah angkat sikit-sikit. Doa kan saya cepat sembuh. Saya terharu ramaiii yang komen and Like status saya. Terima kasih semuaaa... Moga Allah bantu balas jasa anda. Ameen