Filled Under:

Gara-gara dimarahi majikan , seorang pembantu rumah NEKAD mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang baru berusia 4 tahun !!



SINGAPURA - Berang ditengking oleh mertua majikannya, seorang pembantu rumah membalas dendam dengan mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia 4 tahun.
Bukan itu sahaja, pembantu rumah, Ela, 27, yang berasal dari Indonesia itu juga turut mencampurkan najis ke dalam bekas air yang diminum oleh keluarga majikannya itu.
Bagaimanapun, perbuatan jijiknya itu terbongkar selepas majikannya apabila air yang diminumnya itu mempunyai rasa ganjil. Setelah disiasat, dia mendapati Ela mengambil bekas air dari bilik tidurnya dan mencucinya.
Ela kemudian dihantar semula ke agensi di mana dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan yang menjijikan itu, sebelum dihantar kepada pihak polis.
Ela mengaku bahawa dia melakukan perbuatan jijik itu agar keluarga majikannya mendengar dan patuh kepadannya.
Akibatnya, Ela dipenjarakan selama 6 minggu atas tuduhan melakukan kerosakan.

sumber : http://barulaviral.blogspot.co.id/