Filled Under:

HOTEL BERHANTU , Mengganggu Pengunjung !!



Inilah yang berlaku pada malam tadi selepas menonton filem The Conjuring 2.
Kami balik ke bilik hotel sekitar jam 2.30 pagi. Oleh kerana terlalu letih, kami tidur sebentar. Lebih kurang jam 2.45 pagi, Legacy Voronia mahu memberus giginya sebelum menyambung tidur.
Selepas memberus gigi, dia keluar dari bilik air dan bertanya apakah saya telah mempermainkannya dengan melukis tanda salib di cermin bilik air. Saya kehairanan dan menafikannya sebab saya hanya berehat di atas katil sejurus selepas pulang ke bilik dan menyangka dia yang cuba mempernainkan saya.
Kemudian kami sedar masing-masing berkata benar. Saya pergi ke bilik air untuk melihat sendiri tanda salib yang dimaksudkannya itu. Berdasarkan aliran air di garisan tegak, nampak seperti baru dilukis.
"Mustahil saya yang melakukannya sedangkan awak yang berada di hadapan cermin itu sepanjang masa. Kalau saya yang melakukannya sekali pun, mesti awak akan sedar dengan kehadiran saya,"
Kami segera keluar dan meminta ditukarkan ke bilik yang lain. Mujur kakitangan hotel memahami dan mencari bilik yang baru untuk kami dengan segera. Jam 3 pagi, barulah kami dapat berpindah ke bilik baru.
Namun, kakitangan terbabit tidak kehairanan bila kami meminta bilik yang lain. Menurutnya, itu bukan pertama kali mereka menerima aduan seperti itu.
Kami kembali semula ke bilik itu pada waktu siang untuk mengambil barangan kami. Tetapi, tanda salib yang berada di cermin itu sudah hilang.
Nombor bilik yang kami duduk itu adalah 6115 (New Wing), Imperial Hotel, Miri, Sarawak. -
Damnian Ng Yih Leong | PIXEL MEDIA