P UTRAJAYA - Dari 5 sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 1,379 (6.4%) kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di seluruh negara berbanding 1,296 kes minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes HFMD itu mula dikesan sejak 24 hingga 30 April. Sebanyak 794 kes yang dicatatkan setelah melepasi paras amaran iaitu 644 kes seminggu.
"Kementerian Kesihatan mengeluarkan surat Amaran Peningkatan Kes HFMD di Malaysia pada 9 Mei lalu kepada semua jabatan kesihatan negeri agar meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mencegah dan mengawal penularannya," katanya.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,441 kes, Johor 2,393, Kuala Lumpur 1,317, Sabah 1,299, Sarawak 1,108, Perak 892, Melaka 727, Pulau Pinang 713, Negeri Sembilan 522, Pahang 345 dan negeri-negeri lain kurang dari 200 kes.
Tiga daerah di Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi ialah Petaling 1,626, Hulu Langat 1,172 dan Klang 618.
Menurut Dr Noor Hisham, penyakit HFMD berlaku sepanjang tahun. Walaupun penyakit itu disebabkan beberapa jenis virus dan kebanyakkannya adalah ringan hingga sederhana saja, namun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan membawa kematian.
Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kerana Coxsackie Virus A16 dan EV 71 dan merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3 hingga 5 hari.
Kebiasaannya jangkitan adalah ringan dengan gejala demam, diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah dengan hampir keseluruhan pesakit pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 ke 10 hari.
Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.
"Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% dalam kalangan kanak-kanak kurang 10 tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti taska dan tadika," katanya.
Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti tidak membawa anak ke tempat awam, sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
Selain itu, ibu bapa dan penjaga perlu mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
Permainan anak serta lantai rumah terutamanya tandas juga perlu dibersihkan dengan larutan klorin, selain menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak yang lain. - BERNAMA