Filled Under:

Kerana kesibukkan ibunya dihantar ke rumah orang tua. Tapi, pesanan ibunya buat kali terakhir betul-betul boleh buat si pembaca MERAUNG !!



Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Atas kesibukan bekerja, dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain mengikut kelapangannya.
Sehinggalah satu hari dia menerima panggilan dari pusat jagaan orang tua yang memaklumkan ibunya dalam keadaan tenat.
Dengan pantas, dia terus datang untuk berada di samping ibunya pada saat-saat terakhir itu.
"Ibu nak saya buat apa? Cakaplah, saya akan buat apa sahaja," soalnya pada wanita yang sudah berkerut dimamah usia itu.
"Ibu mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini kerana tiada satu pun kipas di sini. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana ibu selalu tertidur dalam keadaan lapar, tak makan," kata ibunya.
"Ibu, kenapa pada saat-saat seperti ini baru ibu pesankan pekara ini?" soal si anak kehairanan.
"Tidak ada apa anakku. Ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan tidur dengan perut lapar," ujarnya.
"Habis tu?" anaknya masih tidak mengerti.
"Cuma ibu bimbang nanti di saat-saat cucu-cucu ibu menghantar kamu ke sini, kamu tidak dapat menyesuaikan diri di sini," katanya.