Dia yang kini menetap di New York berkata, keadaan begitu berbeza dengan tempat kelahirannya di mana dia dibuli dan digelar zirafah, sebaliknya di New York, lelaki seolah-olah tidak puas memandang kakinya.
“Ketika di sekolah, saya diberikan pelbagai gelaran tetapi sejak pindah ke New York dua tahun lalu, ramai yang berminat pada saya.
“Apabila saya memakai kasut tumit tinggi, mulut lelaki ternganga dan tentunya kaki saya ini adalah aset serta dihargai ramai,’’ katanya.
Holly sememangnya mempunyai keturunan kaki panjang malah ibunya mempunyai ketinggian 6 kaki satu inci, datuknya yang baru meninggal dunia pula mempunyai ketinggian 6 kaki 8 inci manakala bapa saudaranya (6 kaki 7 inci).
Ketinggiannya juga menjadikan Holly sebagai pilihan untuk permainan sukan dan sering dipilih untuk mewakili sekolah.
Buat masa ini Holly merancang untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan selepas menamatkan pengajian di kolej, barulah dia akan memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan kelebihan memiliki kaki panjang.
“Saya sering mendapat perhatian dan terbuka sekiranya ditakdirkan menjadi model,’’katanya. – MYNEWSHUB.CC