#$SEKALI pandang, Izzy Barnett kelihatan normal namun wanita berusia 29 tahun ini mempunyai cerita silamnya sendiri.
Dia ketagih kepada filem lucah dan mula menontonnya pada usia 22 tahun atas cadangan teman lelakinya.
Namun ketika itu dia tidak tahu bahawa tindakannya menonton filem lucah itu telah menjadikan dia ketagihan.
Akibatnya Izzy yang berasal dari Devon, UK ini bukan sahaja kehilangan teman lelaki, malah dia hilang kerja dan rakan-rakan selain menanggung hutang kerana melanggan laman web lucah.
“Saya begitu ketagih hinggakan saya terlupa makan dan tidur. Sekarang ini jika difikirkan bagaimana saya boleh menontonnya, saya akan berasa hendak muntah,’’ katanya yang kini semakin pulih daripada ketagihan berkenaan.
Izzy, yang mula menonton filem lucah yang pertama pada 2008 berkata dia berbuat demikian kerana tertekan selepas digugurkan daripada kelas fotografi di sebuah universiti.
“Saya kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki yang berusia enam tahun lebih tua daripadanya dan terpesona dengan perhatian yang diberikan.
“Saya ingin lebih berpengalaman di dalam bilik tidur ketika bersamanya hingga menyebabkan saya menonton filem lucah,’’ katanya.
Izzy yang kini sendirian, tidak lagi menonton filem lucah sejak keluar dari pemulihan pada 2013. Dia kini berharap untuk mencari cinta sejati. – Mynewshub